Tuesday 21 June 2011

Tahniah...Bahasa Arab semakin cemerlang di SMKSMAB

Majlis Ihtifal Instituisi Pendidikan Agama Neger Kedah adalah satu program yang disusun bagi memartabatkan bahasa Arab dalam kalangan pelajar di negeri ini. Selari dengan tujuan tersebut pelbagai pertandingan telah disusun di peringkat daerah mahupun negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan.
Pada 14 jun 2011 baru baru ini, SMKSMAB telah menyertai pelbagai pertandingan yang dilangsungkan di SMK Agama Kedah. Antaranya ialah pertandingan Kuiz wahyu Al-Quran, Kuiz Bahasa Arab, Kalimatus Sobah, Tahfiz Al-Quran dan Al-Hiwar peringkat menengah rendah dan atas.
Madam Dewi Rosnah Binti Radin Suhadi berkongsi kegembiraan dengan kejayaan Nasihah yang membanggakan seluruh warga sekolah. Tahniah Nasihah. Terima kasih para guru..
Sangat membanggakan apabila wakil pelajar dari sekolah ini pulang dengan membawa hadiah utama. antaranya ialah berjaya menjadi Johan bagi Kalimatus Sobah dan Naib Johan dalam Kuiz Wahyu Al-Quran. Lebih membanggakan apabila Nasihah bt Ghazali yang menjadi Johan Daerah Kota Setar pada tarikh tersebut sekali lagi berjaya menjadi Johan Peringkat Negeri dalam Pertandingan yang sama peringkat negeri yang diadakan di SMK Agama Yan pada 17 hingga 18 Jun lalu. Beliau akan mewakili negeri Kedah ke Pertandingan peringkat kebangsaan yang akan dilangsungkan pada Julai nanti. tahniah Nasihah dan sekalung penghargaan buat semua yang terlibat khususnya guru-guru yang sedia berkoraban masa dan tenaga bagi melatih dan membimbing pelajar. Semoga bahasa Al-Quran ini akan terus cemerlang di bumi Al-bukhary. Insyaallah.